Monday, May 4, 2009

RIO ke 6 akan terbit Selepas Exam

Untuk makluman pembaca RIO, buku rio siri 6 akan terbit pada bulan Jun iaitu selepas cuti penggal pertama. Sekian dimaklumkan.

Monday, April 13, 2009

MOHON MAAF ATAS KELEWATAN MAJALAH RIO

Assalamualaikum

Pembaca budiman, saya selaku penerbit dan penulis Majalah RIO memohon ribuan kemaafan kerana lewat menerbitkan RIO siri 5. Ini disebabkan masalah timbunan kerja di sekolah, juga beberapa hal yang memerlukan saya memberi tumpuan kepada keluarga. Kesibukan itu menyebabkan saya tidak sempat menguruskan RIO dengan baik.

Maklum sajalah, penerbit, penulis, pengurus dan pemasaran hanya saya seorang saja. Isteri saya juga sempat membantu seketika, sekarang dia dalam period 'baru' hamil. Jadi, banyak perkara yang saya sekat dia dari membantu. Saya mahu dia rehat secukupnya.

Doakan RIO ke-5 terbit pada 20hb April. Dan untuk buku seterusnya akan berlaku anjakan sebanyak 3 minggu. Sebarang kesulitan amat dikesali.

Wassalam.

Saturday, March 21, 2009

PERUBAHAN DIRI dan PERUBAHAN SUASANA

Sekarang ini berlaku perubahan besar di MTS. Perubahan itu meliputi perubahan jadual kelas, susunan pelajar dan juga guru subjek. Perubahan ini memberi banyak kesan kepada pengurusan harian saya. Maklum sajalah, selain mengajar di MTS saya juga perlu menyelesaikan beberapa hal keluarga dan bisnes buku. Situasi yang berubah secara drastik di MTS membuatkan kaki tangan saya bagai dibelenggu. Prestasi semasa penulisan saya agak merudum. Tapi, saya akan pastikan ia kembali ke posisi yang baik.

Bagi saya, apa jua perubahan adalah mendatangkan impak yang bagus. Sekalipun ia menyusahkan, namun kesusahan itu mengajar saya agar menjadi lebih cekap dalam mengurus. Saya perlu menyelaraskan kelas baru yang lebih ramai muridnya, kerana saya adalah guru kelas. Saya perlu menyiapkan sukatan baru bagi subjek Sirah Nabawi. Sebelum ini saya hanya mengajar subjek tafsir, kini ditambah subjek Sirah.

Dan...saya juga sedang berusaha untuk menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga saya. Lihat, bagaimana Allah membawa satu suasana baru dalam hidup saya yang memerlukan komitmen dalam jiwa. Saya juga menyedari bahawa amanah sentiasa bertambah...kerja semakin berganda dan jiwa saya perlu lebih gagah. Saya perlu berubah menjadi lebih positif kerana suasana hidup saya sentiasa berubah.

Ada orang kata, kita berubah apabila datangnya hidayah. Itu benar. Bagi saya, manusia banyak berubah kerana faktor suasana atau sekeliling. Apapun, biarlah perubahan itu kepada yang lebih baik. Perubahan itu ke depan, bukan ke belakang.

Saya memohon doa kalian. Saya mahu jadi suami dan bapa yang cemerlang. Saya juga mahu menjadi guru dan pendidik dan mandiri. Saya juga mahu jadi penulis dan public figure yang berakhlak Islam. Mudah-mudahan segala harapan ini menjadi suatu hakikat yang akan terpancar dalam hidup saya.

Insya Allah.

Tuesday, March 17, 2009

JOM BASMI PENGANGGURAN

Assalamualaikum

Adik kakak, abang-abang dan para remaja sekalian.

Sini ada berita baik. Peluang untuk cari kerja. Pihak pentadbir Astonians Technology (sebuah Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran) ingin mempelawa anda bersama-sama kami bagi membasmi gejala pengangguran.

Sebagai makluman..pihak Astonians Tech menawarkan kepada semua lepasan PMR, Ting. 4, SPM, lepasan Giat Mara,ILP,IKBN dan IKM untuk melanjutkan pengajian peringkat Persijilan (SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA)di bidang kemahiran di pusat kami.

Program yang ditawarkan ialah ;
1. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal (Tahap 1 dan 2)
2. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 1)
3. Mekanik Kenderaan Motor (Tahap 2)
4. Jurutektik Kenderaan Motor (Tahap 3)

Kelebihan belajar di Astonians ;
1. Sijil ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
2. Tenaga pengajar mahir yang diiktiraf JPK
3. Semua ditawarkan pinjaman penuh dari Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK)
4. Asrama, Musalla dan Kafeteria disediakan
5. Berhampiran dengan Pusat Bandar Kota Bharu, Medan Bisnes Kubang Kerian, HUSM, 7elevan,kios makanan segera 24jam, kemudahan perbankan BSN,BIMB dan Bank Rakyat serta Terminal Bas SKMK.Bagi maksud itu, pihak Astonians Teach mempelawa pelajar2 seperti dinyatakan di atas untuk menyambung pengajian di sini.

Bagi yg berminat untuk mendaftar, sila hubungi ustaz A. Ubaidillah bin Alias di talian 019-9884869. Bermula 23 Mac ini. Ingat tu, bermula 23hb Mac ini(Isnin)

Terima kasih.Wassalam.

Sunday, February 22, 2009

RIO 3 Sudah terbit

Assalamualaikum

Hari ini, 23hb Febuari saya akan mengambil naskah RIO siri 3 yang baru siap dicetak. Kemudian pihak saya akan membungkus buku-buku itu dan pada hari selasa iaitu 24hb Febuari...buku itu akan sedia memasuki pasaran. Kali ini dengan kulit berwarna.

Namun...sedikit ingatan, di dalamnya terdapat beberapa kesalahan kecil. Iaitu ejaan dan beberapa keciciran kalimah. Kesalahan itu tidak menjejaskan keasyikan membaca namun ia tetap mencacatkan buku itu. Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada pembaca di atas kekurangan itu. Semoga ia diterima oleh pembaca. Saya akan mempastikan kesalahan ini tidak berulang di masa mendatang.

Maklumat seterusnya, RIO keempat akan terbit pada 22 Mac. Dan RIO kelima akan terbit dalam edisi BUMPER. Lebih tebal dan lebih isi. Harga pun lebih sikit.

Sekian, terima kasih.

Monday, February 16, 2009

IKLAN RIO 3

RIO KE-3 BERWARNA

Assalamualaikum

Majalah RIO ke 3 akan terbit dalam naskah kulit berwarna. Ini kerana sambutan yang baik dikalangan pembaca.

(Kulit Depan)

(Kulit Belakang)
Untuk nampak lebih jelas, sila klik imej.